Jejak Sirah: Penghayatan Sirah Nabi Muhammad SAW di Mekah & Madinah

Pengisi:
Br. Irfan Goloki – Penulis & Pengkaji Sejarah Islam

 

Pengenalan Program

 

Program ini mengupas sirah penghijrahan Nabi Muhammad ﷺ secara kronologi, merentasi lokasi-lokasi bersejarah di Mekah dan Madinah. Setiap sesi disampaikan dengan sokongan visual, peta perjalanan, serta rakaman (footage) ziarah yang interaktif bagi membantu peserta memahami konteks sejarah, strategi, dan hikmah di sebalik peristiwa-peristiwa penting dalam pembentukan tamadun Islam.

 

Sasaran Peserta:
Program ini sesuai untuk peserta dewasa berumur 15 tahun ke atas.

 


 

Struktur & Jadual Program

 

Sesi 1 – Mekah Bersejarah: Dari Kelahiran Rasulullah hingga Penghijrahan
📅 24 Januari 2026, Sabtu
Menelusuri fasa awal kehidupan Rasulullah ﷺ di Mekah, latar belakang masyarakat Quraisy, serta peristiwa-peristiwa yang membawa kepada keputusan hijrah.

 

Sesi 2 – Al-Madinah: Jejak Hijrah dan Pembinaan Kekuatan Muhajirin & Ansar
📅 28 Februari 2026, Sabtu  | 18 April 2026, Sabtu
Mengupas pembentukan masyarakat Madinah, persaudaraan Muhajirin dan Ansar, serta asas pembinaan negara Islam yang pertama.

 

Sesi 3 – Yaumul Furqan: Hari Penentuan di Badar
📅 14 Mac 2026, Sabtu  | 16 Mei 2026, Sabtu
Perbincangan mendalam tentang Perang Badar sebagai titik pemisah antara kebenaran dan kebatilan, serta pelajaran kepimpinan dan tawakal.

 

Sesi 4 – Strategi dan Pertahanan Madinah: Uhud & Khandaq
📅 18 April 2026, Sabtu  | 13 June 2026, Sabtu
Analisis strategi peperangan, cabaran dalaman dan luaran, serta pengajaran besar daripada peristiwa Uhud dan Khandaq.

 

Sesi 5 – Diplomasi Rasulullah ﷺ: Dari Hudaibiyah ke Khaibar
📅 16 Mei 2026, Sabtu  | 18 July 2026, Sabtu
Meneliti kebijaksanaan diplomasi Rasulullah ﷺ melalui Perjanjian Hudaibiyah dan peristiwa Khaibar yang membuka jalan kepada kemenangan besar Islam.

 

Sesi 6 – Detik Perpisahan: Dari Haji ke Saqifah
📅 13 Jun 2026, Sabtu15 Ogos 2026, Sabtu
Menghayati fasa akhir kehidupan Rasulullah ﷺ, Haji Wada’, serta peralihan kepimpinan umat Islam selepas kewafatan Baginda.

 

Nota: Setiap sesi mempunyai topik yang berbeza tetapi berkait rapat dengan kronologi penghijrahan Rasulullah ﷺ. Program ini terdiri daripada 6 sesi secara keseluruhan.

 

Peserta boleh:

 

  • Memilih sesi tertentu mengikut kesesuaian masa, atau
  • Mengikuti kesemua sesi dengan membeli Pakej Kombo.

 

Pakej Kombo

 

  • Harga: RM250 utk 6 sesi
  • Pakej ini sesuai untuk peserta yang ingin mendapatkan pengalaman pembelajaran menyeluruh sepanjang program.

 

Terhad kepada 30 orang peserta setiap sesi

  • Date : 24/01/2026 - 15/08/2026
  • Time : 9:00 AM - 12:30 PM (Asia/Kuala_Lumpur)
  • Venue : Qalby App HQ, Jalan Ampang KL

One time/1st month:
Upon Registration members will get: a Get Deen over Dunya Kit consist of Deen Over Dunya Tote Bag, Qalby Pen, Qalby Pouch & Qalby Enamel Pin (worth: RM100++)

All Year Specials:
Exclusive QalbOfficial, Qalby Events, Qalby Courses & Qalby Ilm Tours discount code and early access to purchase them (send through monthly newsletter or special newsletter) Other perks will be added when suited eg: Fast lane during events organised by Qalby.