Kursus Pengurusan Jenazah 4.0 bersama Ustaz Tuan Haji Marngi & Ustazah Ruzeeta

Alhamdulillah! Kursus Pengurusan Jenazah sebelum ini telah mendapat banyak maklum balas positif.

Sehubungan itu, atas permintaan ramai, kami bawakan Kursus Pengurusan Jenazah 4.0 – pertama kali terbuka untuk lelaki dan perempuan, bersama Ustaz Tuan Haji Marngi & Ustazah Ruzeeta. Program ini menggabungkan teori dan praktikal pengurusan jenazah, inshaAllah.

Maklumat Program

πŸ“Œ Tarikh: 7 Februari 2026 (Sabtu)
πŸ“Œ Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang
πŸ“Œ Tempat: Kuala Lumpur (lokasi spesifik akan diumumkan kemudian)

Tenaga Pengajar

βœ… Teori (Lelaki & Perempuan): Ustaz Tuan Haji Marngi
βœ… Praktikal Lelaki: Ustaz Tuan Haji Marngi
βœ… Praktikal Perempuan: Ustazah Ruzeeta Saad

Mengapa umat Islam digalakkan mempelajari pengurusan jenazah?

Kerana pengurusan jenazah merupakan satu tanggungjawab penting dalam Islam, antaranya:

βœ… Fardu Kifayah – Sekiranya tiada seorang pun yang menguruskan jenazah di sesuatu tempat, maka seluruh penduduk kawasan tersebut menanggung dosa.
βœ… Menjamin pahala bagi mereka yang terlibat dalam pengurusan jenazah.
βœ… Amalan yang menginsafkan – Ia menyedarkan kita bahawa kehidupan ini singkat dan kematian boleh datang kepada sesiapa sahaja pada bila-bila masa. Rasulullah s.a.w bersabda:

Β 

β€œPerbanyaklah mengingati pemusnah kegembiraan yang melampau (iaitu) kematian”
β€” [HR At-Tirmidzi]

Keistimewaan Peserta

✨ Akses penuh kepada sesi teori dan praktikal pengurusan jenazah
✨ Sesi praktikal berasingan untuk lelaki dan wanita
✨ Bimbingan secara langsung oleh tenaga pengajar berpengalaman
✨ Sesi soal jawab terbuka
✨ Sarapan dan jamuan ringan disediakan
✨ E-Sijil Penyertaan dan nota ringkas sebagai rujukan

Β 

Kepada peserta yang pernah menghadiri kursus ini sebelum ini, inilah peluang untuk memantapkan lagi ilmu dan kemahiran anda. Bagi yang belum pernah belajar, inilah masa yang tepat untuk menjadi insan yang berbakti kepada keluarga, masyarakat dan agama, inshaAllah.

Semoga Allah memberkati usaha dan ilmu yang kita pelajari, amin.

  • Date : 07/02/2026
  • Time : 9:00 AM - 1:00 PM (Asia/Kuala_Lumpur)
  • Venue : Kuala Lumpur

Related Events

One time/1st month:
Upon Registration members will get: a Get Deen over Dunya Kit consist of Deen Over Dunya Tote Bag, Qalby Pen, Qalby Pouch & Qalby Enamel Pin (worth: RM100++)

All Year Specials:
Exclusive QalbOfficial, Qalby Events, Qalby Courses & Qalby Ilm Tours discount code and early access to purchase them (send through monthly newsletter or special newsletter) Other perks will be added when suited eg: Fast lane during events organised by Qalby.