Kursus Pengurusan Jenazah Wanita I Bersama Ustazah Mariah Muhammad

Alhamdulillah! Kami telah menerima banyak feedback yang positif terhadap kursus pengurusan jenazah sebelum ini. 🥰
Oleh itu, di atas permintaan ramai, kami bawakan SEMULA Kursus Pengurusan Jenazah Wanita bimbingan Ustazah Mariah Muhammad -hafizahAllah-. Beliau akan menjelaskan teori pengurusan jenazah yang benar dan akan memimpin peserta dalam melaksanakan praktikal urusan jenazah, inshaAllah.
Mengapa kita sebagai umat Islam digalakkan untuk belajar cara menguruskan jenazah? Kerana pengurusan jenazah adalah :
✅ Fardu Kifayah: yakni sekiranya di sesuatu tempat itu tiada seorang pun penduduk yang menggalas tanggungjawab menguruskannya, maka semua penduduk di kawasan berkenaan menanggung dosa,
✅ Menjamin pahala bagi yang menguruskannya,
✅ Sesuatu amalan yang menginsafkan kita akan realiti kehidupan yang singkat ini. Ia menyedarkan kita bahawa kematian boleh berlaku kepada sesiapa sahaja pada bila-bila masa. Rasulullah s.a.w bersabda:
أكثروا ذكر هادم اللَّذات: الموت
“Perbanyakkanlah mengingati pemusnah kegembiraan yang melampau (iaitu) kematian” – [HR At-Tirmidzi]
Kepada anda yang pernah menghadiri kursus ini, ini adalah masa untuk mantapkan lagi ilmu anda. Bagi yang belum pernah belajar cara pengurusan jenazah pula, ini adalah peluang keemasan untuk ANDA! Sahutlah peluang ini agar anda menjadi seorang yang berbakti buat keluarga, masyarakat dan agama, inshaAllah.
Semoga Allah memberkati kita semua.
Rebutlah peluang untuk mendapatkan harga early bird RM 100. Tunggu apa lagi? Klik link di bawah untuk daftar sekarang. Tempat adalah terhad!